Latar belakang Islam_di_Honduras

Honduras menerima pendatang Arab pertama pada 1896, dan pada 1918, menurut tinjau pendapat tempatan, para pendatang Arab secara besarnya Kristian Palestin di San Pedro Sula, bandar kedua terbesar negara. Mereka datang oleh kerana kawalan Uthmaniyyah Palestin, di mana orang Arab datang dengan pasport Uthmaniyyah memperolehi nama samaran terkenal mereka, Turki (Turkos). Kehijrahan naik lagi selepas Perang Dunia Kedua dan perang Arab-Israel 1948. Pada 1984, sebuah pertubuhan amal Islam telah ditubuhkan, dengan tujuan utama menjaga kepentingan orang Arab dan umat Islam dalam negara, dan mereak telah sejak itu membina sebuah masjid, di mana mereke bertemu dan membincang hal ehwal sosial dan agama mereka, termasuk pendidikan kanak-kanak mereka, terpenting dari itu adalah mengajar mereka al-Quran dan bahasa Arab.[3]